Font

Font

Font adalah satu paket karakter grafis yang dibuat dengan desain tertentu, termasuk huruf, angka, dan symbol-simbol. Desain karakter ini disebut “type” atau “typeface” karena memang dibuat untuk pengetikan dokumen. Fontdibuat dengan nama menurut desainnya, negara atau nama perancangnya, contoh nama font: Arial, Courier, Georgia, Times New Roman, Verdana, Bold (tebal), miring (Italic), dan sebagainya.

IPA Chate

ipa chart

OTHER SIMBOL

other simbul

DIFTONG

Diphthongs&Triphtongs

Suprasegmental

Suprasegmentals

tones and word accents

VOWEL

vowels

Nota kuliah

kepentingan tentang teknologi komunikasi dan maklumat dalam masyarakat dan aplikasinya dalam pembelajaran bahasa dan analisis bahasa harus diperluaskan lagi agar dapat melahirkan masyarakat yang celik dalam teknologi komunikasi dan maklumat . Oleh itu , Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan teknologi komunikasi dan maklumat dalam masyarakat dan aplikasinya dalam pembelajaran bahasa dan analisis bahasa. Kursus ini akan memberi tumpuan kepada teori Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) dan perisian-perisian aplikasinya dalam pembangunan kemahiran bahasa iaitu mendengar dan bertutur, bacaan dan kefahaman serta penulisan. Untuk mencapai objektif tersebut, kursus ini memperkenalkan bahan pembelajaran berasaskan web dan aktiviti membuat blog untuk pembangunan kemahiran bahasa. Penggunaan program ‘concordance’ diperkenalkan untuk membantu pelajar menganalisis struktur bahasa asas. Kursus ini juga membantu pelajar mengenalpasti persamaan dan perbezaan bahasa atas talian yang digunakan dalam portal dan komunikasi berperantaraan komputer. Pelajar juga mempelajari kaedah menjalankan penyelidikan berkaitan bahasa dan teknologi maklumat menggunakan pengkalan data dan jurnal atas talian.

Nota kuliah ini digunakan untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan akhir semester 2 bagi sesi 2012/2013  yang melibatkan 30%.

Berikut adalah nota kuliah yang telah saya belajar sepanjang kuliah diadakan  yang mengajar melalui 2 orang pensyarah untuk dalam kuliah ;

Ringkasan Nota Kuliah :

Analisis Sebutan


Carta Konsonan Thai

thai-consonant-chart

Carta Vokal Thai

320px-Thai_vowel_chart

Carta Diftong Thai

320px-Thai_vowel_chart_diphthongs

Objektif rakaman video ini adalah untuk membuat analisis sebutan penutur bahasa Melayu Patani. Video ini memaparkan perbualan antara dua orang pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan iaitu Nasreen (N) atau(S) dengan Fatihah ( F).

1.   Transkripsi Teks dan Transkripsi Fonetik

transkripsi-fateemah-1

transkripsi-fateemah-2

transkripsi-fateemah-3

transkripsi-fateemah-4

Di bawah ini ialah jadual transkripsi fonetik beberapa perkataan dan frasa bahasa Melayu Pattani

Transkripsi Fonetik 1

transkripsi-fateemah-5

transkripsi-fateemah-6

 transkripsi-fateemah-7

transkripsi-fateemah-8

Analisis Kata

Analisis Kata

analisis bahasa Melayu Patani percakapan perbualan seharian dalam kalangngan ramaja.

Pembentukan kata responden dianalisis dengan menggunakan perisian AntConc ialah sebuah perisian Concordance.

Prosedur menganalisis pembentukan kata:

  1. Projek ini bertujuan untuk menganalisis pembentukan kata ……
  2. Responden kajian untuk projek ini ialah …
  3. Butiran responden ialah seperti berikut: ….
  4. Kajian ini dilakukan dengan merakam perbualan responden.
  5. Rakaman audio tersebut diedit dengan menggunakan perisian Audacity dan Lame
  6. Transkripsi teks perbualan dibuat dan disimpan dalam format .txt dan dinamakan bentuk_kata.txt
  7. Perisian AntConc dibuka dan fail bentuk_kata.txt dicapai untuk dianalisis.
  8. Bentuk kata yang unik dalam dialek responden dianalisis.
  9. Hasil analisis pembentukan kata responden mendapati elemen:
  •               penambahan
  •               pengguguran
  •               penukaran

cara baut analisi kata 

1.      copy  transkripsi teks > past dalam notepad >save as..

PrtSc transkripsi teks

 2.   buka ancont > open Files(s) >

PrtSc ancont

3.  tekan Word List

PstSc word list

4. start

PrtSc start

5. pilih perkataan ” ” > Concodane

PrtSc Concodance

6. > File View

PrtSc file View

7.  > Concodance Plot

Prt Sc Concodance Plot

8. Cluster > Start

Prt Clusters

9.  > Collocates > Start

Prt Sc Collocates

Dianatara perkataan yang di analisisnya….^_&

1.   perkataan [the] adalah berfaungsi sebagai kata ganti nama orang kedua iaitu awak(tidak formal).

Contoh :

  • N:  La fatihah nokgi mano yak  jangok suai red la the nih.
  • F:  Alhamdulillah sebaidi pah the sebaidi mai
  • S:  deki yo the
  • S: erm can po tak i ngat gok the tak po the nok  baco doh
  • can sung khokhuam gi di the tagi
  • F: erm pah saien the dok mano nih

2.   perkataan [can] adalah berfungsi sebagai kata ganti nama pertama iaitu saya(tidak formal)

Contoh :

  • can kak wa cak pai an meankan
  • S: erm can po tak i ngat gok
  • can nih can yang mai an aria leu beb er mairu mean kan diau yangngaiya
  • can sung khokhuam gi di the

3.   perkataan [nok] adalah berfungsi sebagai kabta kerja bantu ragam yang menunujukan perkara yang belum berlaku dan kata kerja bantu ragam ini hanya wujud sebelum kata kerja.

Contoh :

  • N:  La fatihah nok gi mano yak  jangok suai red la the nih
  • F:  or pah nok gi mano nih
  • S:  alo erm dok kato nok gi tuh sejed
  • demo nok gi mano nih
  • F: pah nok gi sejed nga piyo nih

4.   perkataan [sebaidi] adalah perkataan yang

contoh :

  • N:  erm pah leu pengai bang diauni sebaidi mai
  • F:  Alhamdulillah sebaidi
  • the sebaidi mai
  • S:  ko Alhamdulillah sebaidi sikit-sikit la

5.   perkataan [an] adalah berfungsi sebagai kata kerja iaitu “baca”

Contoh :

  • pai an hnangse hnoi
  • can kak wa cak pai an meankan
  • can yang mai an aria leu

6.   perkataan [sejed] adalah kata yang berfungsi sebagai kata nama iaitu “masjed”

Contoh :

  • nok gi tuh sejed
  • F: pah nokgi sejed nga piyo nih

7.   perkataan [beb] adalah perkataan yang hendak terang atau sama dengan sesuatu benda iaitu

“mamcam”

Contoh :

  • S: erm can po tak i ngat gok the tak po the nok  baco doh can nih dokbaco lasung can nih can yang mai an aria leu beb er mairu mean kan diau yangngaiya

8.   perkataan [gapo] adalah berfungsi sebagai kata tanya iaitu “apa”

Contoh :

  • F: heh hua kho gapo tekheh hok nok sok

9.   perkataan [haulah] adalah kata yang tidak pasti diatas sesuatu perbuatan iaitu “tidak tahu lah”

Contoh :

  • S:  deki yo the can kak wa cak pai an meankan tapi erm esok lah erm remain ko erm haulah tengok dulu lah

10.   perkataan [hnangse] adalah berfaungsi sebagai kata nama yang hadir sebelum kata kerja transitif iaitu “buku”

Contoh :

  • pai an hnangse hnoi

11.   perkataan [jangok] adalah kata yang berfungsi sebagai kata adjektif iaitu “cantik”

Contoh :

  • N:  La fatihah nokgi mano yak  jangok suai red la the nih

12.   perkataan [hosemud] adalah kata yang berfaungsi sebagai kata nama iaitu ” perpustakaan”

Contoh :

  • F:  erm kawe nokgi erm tuh hosemud
  • S:  gi or hosemud erm hosemud ukm nanhro

13.   perkataan [huakho] adalah kata hadir sebelum kata tanya iaitu “topik”

Contoh :

  • F: heh huakho gapo tekheh hok nok sok taktahu lagi

Analisis Soal-Selidik

Analisis Soal-Selidik

Aspek pragmatik atau pilihan kata mengikut situasi. Projek ini bertujuan untuk menganalisis aspek pragmatik dalam dialek responden dianalisis dengan menggunakan perisian AntConc ialah sebuah perisian Concordance. Prosedur menganalisis aspek semantik:

  1. Responden kajian untuk projek ini ialah …
  2. Butiran responden ialah seperti berikut: ….
  3. Kajian ini dilakukan dengan merakam perbualan responden.
  4. Rakaman audio tersebut diedit dengan menggunakan perisian Audacity dan Lame
  5. Transkripsi teks perbualan dibuat dan disimpan dalam format .txt dan dinamakan bentuk_kata.txt
  6. Perisian AntConc dibuka dan fail bentuk_kata.txt dicapai untuk dianalisis.
  7. Aspek pragmatik yang unik dalam dialek responden dianalisis.
  8. Hasil analisis aspek pragmatik responden mendapati elemen:

anlisis soala selidik

Analisis soal-selidik dijalankan melalui perisian surveymonkey.

Berikut adalah merupakan borang soal-selidik yang dibuat oleh saya ;

Untitled

2

3

4

5

6

7

8

9

10

kalau anda ingin membahagi kan pendapat anda kepada kajian saya boleh mngisikan borang dibawah ;

http://www.surveymonkey.com/s/KBJ2WXD

dibawah ini merupakan analisis yang saya dapat dalam membuat kajian kali ini ;

Analisis ini dibuat terhadap 15 orang  responden.

1. Berikut adalah hasil analisis bagi soalan yang ke-2 iaitu nyatakan tapak web yang anda gunakan untuk mempelajari aspek sebutan dalam bahasa yang anda pelajari.

ana1

2. Berikut adalah hasil analisis bagi soalan yang ke-3 iaitu nyatakan tapak web yang anda gunakan untuk mempelajari aspek perbendaharaan kata  dalam bahasa yang anda pelajari.

ana2

3. Berikut adalah hasil analisis bagi soalan yang ke-4 iaitu nyatakan tapak web yang anda gunakan untuk mempelajari aspek tatabahasa dalam bahasa yang anda pelajari.

ana3

4. Berikut adalah hasil analisis bagi soalan yang ke-5 iaitu nyatakan tapak web yang anda gunakan untuk mempelajari aspek semantk  dalam bahasa yang anda pelajari.

ana4

5. Berikut adalah hasil analisis bagi soalan yang ke-6 iaitu nyatakan tapak web yang anda gunakan untuk mempelajari aspek pragmatik  dalam bahasa yang anda pelajari.

ana5

6. Berikut adalah hasil analisis bagi soalan yang ke-7 iaitu nyatakan perisian sumber bukan atas talian yang anda gunakan untuk mempelajari aspek bahasa yang berikut :

ana6

7. Berikut adalah hasil analisis bagi soalan yang ke-8 iaitu saya selalu belajar bahasa melalui :

ana7

8. Berikut adalah hasil analisis bagi soalan yang ke-9 iaitu nyatakan bahasa yang ingin atau sedang  anda pelajari :

ana8

9. Berikut adalah hasil analisis bagi soalan yang ke-9 iaitu nyatakan bahasa yang ingin atau sedang  anda pelajari :

ana9

10. Berikut adalah hasil analisis bagi soalan yang ke-10 iaitu nyatakan sebab anda ingin mempelajari sesuatu bahasa : 

ana10

gambaran diatas memaparkan jawapan yang dijawab oleh responden. Disini dapat saya simpulkan  bahawa responden-responden tesebut mempelajari bahasa sesuatu bahasa disebabkan ingin meluaskan dan menambahkan pengetahuan mengenai sesuatu bahasa dan  memudahkan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa lain selain dari bahasa ibunda mereka.

Blog and wordpress

Blog

  Definisi Blog

Perkataan blog diserap daripada bahasa Mandarin dengan gabungan tiga perkataan klasik yang diberikan makna baharu, iaitu bu lo ke. Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang mempunyai maklumat atau perisian yang ditulis mengikut urutan kronologi.

Blog memaparkan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk seperti makanan, politik atau berita tempatan. Ada juga sesetengah blog berperanan sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog mengizinkan seseorang itu berdialog dalam ruang komunikasi yang luas.

Menurut Ritah Yahaya  (2008 : 5), melalui blog dan pemblogan (blogging), pemblog (blogger) mengekspresikan riwayat, keperibadian, kepakaran, perasaan, pemikiran, ulasan dan pandangan yang ingin dikongsikan dengan orang lain.

Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej dan pautan ke dalam blog, laman web dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan atau komen mereka dalam format interaktif merupakan ciri utama untuk kebanyakan blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks walaupun sesetengahnya bertumpu kepada gambar, video, muzik atau audio.

 Fungsi Blog

Fungsi blog terletak pada keupayaannya memuatkan interaksi, komen dan maklum balas daripada pembaca blog. Golongan netizen (warga siber) menggunakan blog sebagai:

  • menjadikan blog sebagai media maklumat rasmi
  • memberikan pandangan kepada pemilik blog (komen)
  • memberikan pandangan kepada pembaca blog yang memberikan komen
  • menyatakan perasaan tertentu dalam bentuk emotikon atau visual yang sebenar.
  • membina hubungan silaturahim dengan pembaca yang dikenali dalam blog dan bertemu di luar dunia maya.

WordPress

WordPress ialah sebuah content management System yang terhasil dari PHP dan MySQL .Ianya adalah percuma untuk digunakan oleh sesiapa sahaja kerana ia adalah Open Source.

Ia mempunyai banyak kelebihan dan sokongan dari segi themes, plugin dan sebagainya.Jadi ramai orang cipta themes, cipta plugin, saling lengkap melengkapi.

WordPress digunakan hampir 14.7% dari Alexa Internet‘s dan menjadi “top 1 juta” websites di dunia. Selain wordpress banyak lagi CMS lain yang boleh digunakan untuk membuat blog, namun wordpress paling popular.

Ia mula dibangunkan pada tahun 2003 oleh Matt Mullenwegdan Mike Little.Dan apabila version 3.0 dilancarkan, ia telah dimuaturun sebanyak 65 juta kali dari seluruh dunia!

WordPress sebenarnya terbahagi kepada dua jenis, satu yang percuma seperti blogspot.Yang membezakannya adalah segala aktiviti dikawal oleh mereka.

Manakala satu lagi pula ialah host sendiri.Maknanya anda punya kebebasan maksimum untuk mengubahsuaikannya.

WordPress.com vs WordPress.org

WordPress.com
Kelebihan :

  • Ianya percuma dan sangat mudah untuk mulakan.
  • Segala bantuan technical ditanggung beres dan anda terpelihara dari serangan hackers kerana blog anda disimpan dalam hosting mereka.
  • Blog anda tidak mudah jem kerana blog anda ditanggung oleh server wordpress.com

Kekurangan :

  • Anda cuma boleh menggunakan themes yang disediakan sahaja.
  • Tidak boleh mengubahsuai code php.
  • Tidak boleh menggunakan plugin selain daripada yang disediakan.

WordPress.org
Kelebihan :

  • Anda boleh mengupload themes sendiri, reka themes sendiri, membeli tema sendiri.
  • Boleh letak plugin sendiri.
  • Coding php boleh diubah jika anda tahu.

Kekurangan :

  • Anda perlu ada server sendiri atau server yang disediakan syarikat luar.
  • Anda perlu tahu serba sedikit mengenai technical.

● Segala perkara harus dibackup dan diupdate sendiri.

WordPress adalah sebuah aplikasi sumber terbuka (open source) yang sangat populer digunakan sebagai mesin blog (blog engine).

Berikut disertakan cara untuk menggunakan WORDPRESS :

1. Masuk ke http://wordpress.com/ Lalu klik Get Started Here.

2. Isikan alamat blog, User name, Password dan Alamat email Anda.

3. Pada pilihan What language will you be blogging in? pilih bahasa yang anda mahu atau biarkan saja untuk bahasa yang ditetapkan wordpress iaitu bahasa Inggris. Kemudian pilih Create blog.

4. Setelah itu, muncul halaman baru untuk memberitahukan bahwa blog Anda akan aktif setelah melakukan pendaftaran melalui email Anda. Silahkan cek email Anda.

5. Buka kotak masuk email Anda dan lihat pesan dari WordPress.com. Silahkan aktifkan blog Anda dengan menekan butang Activate Blog.

6. Selesai. Sekarang Anda sudah memiliki blog percuma dari http://wordpress.com/

inilah rupa halaman dashboard Anda dimana Anda dapat Menulis dan menghias blog sesuai keinginan Anda.

 

Soal-Selidik

1. 0   Pengenalan Soal-selidik dan kajian bahasa

Apakah borang soal selidik ?

Ia merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden. Borang soal selidik hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian.

Apakah faedah menggunakan soal selidik ?

a) Setiap responden disoal dengan soalan yang sama oleh itu penyelidik boleh membuat perbandingan antara seorang responden dengan respnden yang lain. Justeru itu data yang dikumpul mudah diproses dengan komputer.

b) Ia mempercepatkan kerja mengumpul data dan memastikan mutu data yang dikumpul.

1.1   Pelbagai kaedah menjalankan soal-selidik bahasa

Kaedah Soal Selidik Dan Ujian

—  Kedua-dua kaedah di atas memerlukan alat; iaitu kertas soalselidik dan ujian. Kaedah ini sering digunakan untuk mengutip data dalam Kajian Tindakan secara formal dan sistematik. Sebaiknya alat-alat itu dapat memenuhi ciri-ciri berikut:

—  Memenuhi objektif dan persoalan kajian.

—  Mempunyai keesahan alat ukur (validity)

—  Mermpunyai kebolehpercayaan (reliability)

—  Praktikal (boleh dilaksanakan).

—  Soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah untuk memperoleh maklumat. Soal selidik mempunyai beberapa kebaikan dibandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan maklumat-maklumat kualitatif dan kuantitatif.

—  Menyediakan satu soal selidik yang baik memerlukan masa dan pemikiran yang mendalam. Soal selidik yang dibuat tanpa penelitian akan mendapat sambutan yang kurang memuaskan. Maklumat yang diterima mungkin tidak cukup untuk membolehkan penyelidik membuat satu-satu perumusan.

Kesilapan yang biasa berlaku dalam membina suatu soal selidik ialah:

—  Soal selidik terlalu panjang

—  Isi yang disoal tidak penting

—  Butiran tidak dinyatakan dengan jelas

—  Bentuknya tidak teratur atau tidak menarik.

Ciri-ciri penting bagi sesuatu soal selidik yang baik ialah:

—  Soal selidik tersebut mempersoalkan isu yang penting. Surat pendahuluan disediakan untuk menerang pentingnya soal selidik itu.

—  Soal selidik cuba mendapatkan maklumat yang tidak boleh diperoleh daripada sumber-sumber lain seperti daripada laporan sekolah dan sebagainya.

—  Soal selidik mengandungi butiran yang ditulis dengan ringkas dan jelas.

—   Soal selidik mempunyai bentuk dan susunan yang menarik dan ditaip dengan baik.

—  Soal selidik mengandungi arahan yang lengkap dan jelas.

—  Satu soalan menyoal satu idea sahaja.

—  Butiran disusun mengikut kategori yang boleh mendapat sambutan dengan mudah dan tepat.

—  Soal selidik mengandungi soalan berbentuk objektif iaitu responden tidak diminta memberi cadangan-cadangan.

—  Soalan disusun daripada bentuk umum kepada bentuk khusus, daripada yang mudah kepada lebih kompleks dan daripada yang bersifat `memihak’ kepada yang lebih ‘teliti’ dan ‘mendalam’.

—  Tidak mengandungi soalan yang menyinggung peribadi atau yang memalukan.

—  Hasil jawapan boleh ditafsirkan dengan mudah.

—  Soal selidik atau instrumen alat ukur mestilah memenuhi objektif atau persoalan kajian yang telah dikenal pasti.

—  Alat ukuran yang telah dibina mestilah mengukur fakta-fakta yang diperlukan supaya maklumat yang diperolehi memenuhi kehendak kajian.

—  Untuk memastikan alat ukur dapat memenuhi kehendak kajian, kesahan muka (face validity) terhadap alat ukur harus dilakukan.

—  Soalan-soalan soal selidik boleh dinilai secara kritikal (critically examined) oleh rakan sejawat atau oleh pakar-pakar dalam pembinaan soal selidik.

—  Kebolehpercayaan alat ukur mesti juga diberi perhatian. Ini bermakna

◦       alat ukur perlu benar-benar dapat menggambarkan pendirian atau pandangan sebenar responden.

◦       Alat ukur juga perlu. mudah difahami dan tidak mengelirukan responden atau mempunyai maksud yang pelbagai.

Oleh sebab kaedah ini memerlukan kepakaran yang tertentu dalarn  bidang penilaian dan pengukuran pendidikan, guru pengkaji seharusnya  mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam hal-hal yang

dibincangkan di atas.

Dua jenis soal selidik yang biasa digunakan ialah:

—  Butiran bentuk tertutup:

—  Butiran bentuk terbuka.

Butiran bentuk tertutup:

Butiran bentuk tertutup ialah butiran yang berkehendakkan jawapan pendek seperti `Ya’ atau `tidak’; atau memilih pilihan-pilihan yang disediakan. Butiran jenis ini biasanya sesuai untuk memperoleh maklumat tertentu sahaja. Kebaikan menggunakan butiran bentuk tertutup ialah:

—  Boleh dijawab dengan mudah

—  Mengambil masa yang pendek

—  Tidak mengalih pandangan responden daripada tajuk yang disoalkan

—  Berbentuk objektif

—  Mudah disusun dan dianalisis.

Butiran bentuk terbuka.

—  Butiran bentuk terbuka berkehendakkan jawapan bebas daripada responden. Tidak ada `petunjuk’ dibekalkan.

—  Butiran ini yang bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang lebih mendalam termasuk motif-motif yang tersembunyi di belakang sikap, minat, `kecenderungan’ dan cadangan-cadangan responden.

—   Jawapan-jawapan seperti ini agak sukar sedikit untuk ditafsirkan, disusun dan dijadualkan dalam laporan. Walau bagaimanapun jawapan ini mempunyai kebaikan sendiri bergantung pada jenis maklumat yang diperlukan.

Panduan membina butiran soal selidik

—  Beri takrifan kepada sebutan-sebutan yang boleh disalah ertikan.

—  Elakkan penggunaan adjektif dan adverb yang mengelirukan. Perkataan-perkataan seperti `biasanya’, ‘kadang-kadang’, `jarang-jarang’ memberi pengertian yang berbeza antara seorang dengan seorang lain. Frasa seperti “berapa kali dalam sehari … ” dan sebagainya boleh digunakan.

—  Elakkan soalan yang menidakkan perkara yang tidak benar. Misalnya, “Adakah anda tidak bersetuju supaya pelajar tidak disebat di khalayak ramai?” Ya, tidak.

—  Pilihan-pilihan yang diberi mestilah lengkap. Pilihan Ya, tidak kepada soalan “Adakah anda berkahwin?” Tidak lengkap sebab mungkin ada penjawab yang berstatus “duda” atau “janda”.

—  Bariskan perkataan yang hendak ditekankan.

—  Elakkan soalan yang mempunyai dua maksud. Soalan seperti, “Adakah anda bersetuju supaya pelajar yang cerdas diletakkan dalam satu kumpulan dan dihantar ke sekolah yang khas?” sepatutnya dipecahkan  kepada dua bahagian.

—  Jika responden diperlukan memberi “pemeringkatan” atau bandingan satu poin rujukan harus diberikan . Soalan seperti, “ Apakah pendapat anda tentang pengajaran guru A?” – Baik, sederhana, lemah – dianggap tidak jelas. Responden harus diberitahu dengan siapa guru A harus dibandingkan, adakah dengan guru pelatih , guru berpengalaman atau guru yang dianggap unggul?

—  Soalan mestilah sesuai denga “Berapa harikah dalam semingggu pihak kolej menghantar guru pelatih ke sekolah?” dianggap tidak sebab kebanyakan kolej  mengendalikan latihan mengajajar secara berterusan

—  Bekalkan poin tertentu bagi setiap pilihan jika responden membuat pilihan mengikut darjah pilihan mereka. Misalnya:

◦       Pilihan   I               …………….           5 poin

◦       Pilihan   II             …………….           4 poin

◦       Pilihan   III            …………….           3 poin

◦       Pilihan   IV            …………….           2 poin

◦       Pilihan   V             ……………..         1 poin

—  Kategori-kategori  jawapan hendaklah dibuat oleh penyelidik sendiri.  Misalnya, adalah tidak wajar meminta responden menentukan kerja mereka mengikut kategori seperti:

◦       buruh kasar

◦       buruh berkemahiran

◦       perkeranian

◦       pengurusan

◦       profesyen   dan sebagainya

—  Soalan seperti berikut adalah lebih baik dikemukakan.

◦       Di manakah anda bekerja?

◦       Apakah jenis kerja yang anda lakukan?

Cara Mengendalikan Soal Selidik

—  Pilih responden daripada mereka yang benar-benar berminat untuk menjawab dan yang mempunyai ciri-ciri responden yang dihajati.

—  Uji soal selidik kepada responden daripada sampel yang hendak dikaji. Baiki butiran yang didapati kurang jelas supaya butiran tersebut benar-benar dapat memperoleh maklumat yang dihajatkan.

—  Untuk memastikan soal selidik dijawab dan dikembalikan kepada penyelidik, beri soal selidik melalui ketua jabatan responden.

—  Untuk mendapatkan kerjasama daripada responden, beri penerangan tentang tujuan penyelidikan dengan jelas dan menjanjikan satu salinan dan sebagai laporan akan dihantar kepada jabatan penjawab.

Menganalisis Jawapan Soal Selidik

—  Kira pekali korelasi untuk mendapatkan pertalian antara data

—  Sediakan jadual kekerapan untuk mengumpul jawapan pendek seperti masa, umur, jantina, kumpulan, amalan dan sebagainya.

—  Bagi data kuantitatif, beberapa nilai statistik harus dihitung diberikan. Perbandingan antara satu data kuantitatif dengan data kuantitatif yang      lain harus dilakukan.

—  Bagi data kualitatif atau naratif,  data tersebut harus diringkaskan dan dikategorikan dalam jadual tertentu.

—  Semasa membuat perumusan,  pertimbangan harus diberikan kepada peratus responden yang kecil.  Peratus yang kecil membawa kepada kebolehpercayaan yang kecil. Laporan penyelidikan harus dinyatakan dalam peratusan.

2.o SurveyMonkey

cara bagai mana membuat soal selidik ;

1) langkah pertama, anda dikehendaki untuk pergi ke laman web ini

 
 
 
 
 
2) seterusnya, anda dikehendaki mengisi beberapa maklumat untuk SIGN UP bagi yang pertama kali.
 
 
3) langkah ketiga
 
 
 
 
sila klik pada create survey untuk langkah seterusnya.
 
4) dan langkah terakhir adalah,
 
anda dikehendaki menulis tajuk untuk survey masing-masing dan memilih kategorinya.
maka anda boleh la menggunakan survey monkey…
 
 

Sebelum memulakan mesti  membuat e-mail.

1. Masuk dialamat www.surveymonkey.com
2. Bagi pemula, buat akun terlebih dahulu dengan cara klik “SIGN UP FREE”
3. Isi nama pengguna  anda di box “Pick a Username”(Tidak Menggunakan huruf kapital). Selanjutnya  mengisi  password dan email anda.
4. Klik Create Account
5. klik Create Survey
6. isi box “title dan select category.
7. klik continue
8. untuk mengganti warna ampilan klik”create custom theme”
9. klik add question untuk membuat pertanyaan
10. Pilih model pertanyaan pada box choose question type. Contoh “Multiple Choice(only one answer)“ untuk  satu jawapan.
11. Klik Save Changes
12. Isi pertanyaan anda di Questian Text
13. isi pilihan jawaban di answer Text
14. send survey.
15. copy email survey monkey

 

 

Pengenalan SKBP1023

SKBP1023 -Bahasa dan Teknologi Maklumat merupakan salah satu subjek yang perlu dikuasai oleh pelajar Linguistik. Seperti yang kita ketahui, teknologi maklumat banyak membantu dalam kehidupan seharian. Begitu juga dalam bidang bahasa. Teknologi maklumat membantu ahli-ahli Linguistik untuk melakukan kajian dengan mudah dan menjimatkan masa.

Dalam subjek SKBP 1023 Bahasa dan Teknologi Maklumat, tumpuan kursus ini lebih kepada penggunaan aplikasi-aplikasi teknologi maklumat dalam menguasai struktur bahasa.
Tumpuan kursus ini juga adalah pada penggunaan teknologi maklumat untuk menguasai bahasa, bukan metodologi kajian atau kajian linguistik (fonologi, morfologi, sintaks, semantik atau pragmatik).Oleh sebab itu, kajian kita harus berpada-pada. Yang penting ialah bagaimana kita menggunakan teknologi maklumat untuk menguasai bahasa. Contoh:

– penggunaan adobe audition, audacity dan lame untuk merakam dan mengkaji sebutan, membuat transkripsi fonetik, dan memaparkan bukti kajian
– penggunaan antconc untuk mengkaji kekerapan, penggunaan kata dalam ayat serta konteks sosial
– penggunaan Internet, Google, Tapak Rangkaian Sosial seperti facebook dan sebagainya untuk tujuan mengumpulkan data, mendapatkan bahan rujukan dan melibatkan diri dalam perbincangan akademik.
– penggunaan SoundCloud dan YouTube untuk merakam dan memaparkan dapatan kajian.
– penggunaan SurveyMonkey untuk menjalankan soalselidik terhadap responden.

-penggunaan WordPress untuk memapar dapatan kajian dan berkongsi maklumat.

Video

1.0   Pengenalan: Bahan video dan bahasa

Pengenalan
Memasukkan unsur video di dalam sesebuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:
  • • Secara terus dengan menggunakan video digital
  • • Tetingkap video digunakan untuk menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita video.
  • • Tetingkap video menayangkan siaran TV secara terus dengan bantuan kad pendigital video yang sesuai.
Bentuk video
a) Analog
Video analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)
b) Digital
Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin
Dalam menghasilkan satu video yang menarik aspek pemilihan perisian yang sesuai amatlah penting. Anda mungkin biasa dengan Movie Maker yang sudah sedia ada dalam PC anda. Movie Makermenyediakan fungsi-fungsi yang mudah . Namun aplikasi ini membataskan pengguna untuk menghasilkan video yang lebih menarik. Sesetengah jenis video tidak dapat digunakan dalam Movie Maker serta pilihan transsisi yang terhad menghadkan penghasilan video yang menarik.

Senarai Software Video Editing terbaik dunia

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Nota: Susunan berdasarkan laman web TopTenREVIEWS

Selain daripada perisian-perisian di atas, terdapat beberapa lagi perisian yang hebat untuk anda edit video iaitu Adobe Premiere ProAdobe After Effects dan ProShow Gold.

Taufik Mansor: Semua perisian di atas memang terbukti adalah perisian video editing yang terbaik di dunia jadi tentulah ia berbayar dan ada tempoh percubaan.

Laman web ini tidak menyediakan sebarang crack/keygen/serial number bagi perisian-perisian di atas kerana ia menyalahi undang-undang. Harap maklum.

dan satu lagi vidio yang paling populer ialah yutube

2.1  YouTube

yutube

ini adalah vidio yang saya hendak kajian

dan vidio ini kajian tetan bahasaq melayu patani dalam percakapan perbualan seharian di kalangan remaja.diantara responden yang di kaji itu adalah diantara dua orang pelajar dari fakulti ekonomi ukm,diantara berlaku perbulannya kerana nasreen yang baru datan ke bilik fateehah,perbualan ini berlaku dengan nasreen diantara berbualannya iaitu rujuk kepada vidio di bawah ini.

http://www.youtube.com/watch?v=nuPr_5PF5o4

Grafik

1.0   Pengenalan: Bahan visual dan bahasa

Komunikasi adalah proses penjanaan makna (the generation of meaning) secara umum
dan tidak hanya memproses pemaknaan terhadap sesuatu mesej (Fiske, 2004). Untuk
memastikan proses komunikasi terlaksana dan khalayak memahami maksud mesej, mesej
perlu di buat dalam bentuk tanda (bahasa atau perkataan). Mesej yang di buat akan
membuat orang lain mencipta makna untuk dirinya sendiri yang berhubung kait dengan
beberapa makna yang di buat dalam mesej (Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad
& Nurul Huda Mohd Saad, 2010). Apabila sistem tanda sering digunakan, khalayak
menjadi lebih jelas dengan makna sistem tanda tersebut sehingga keseluruhan khalayak
dapat menerima makna sistem tanda tersebut. Justeru, semiotik boleh didefinisikan
sebagai ilmu tentang tanda-tanda atau simbol. Ia berfungsi menyampaikan mesej atau
informasi secara visual yang memaparkan suatu gambar, tanda atau simbol yang dapat
ditafsirkan dengan mudah dan sama oleh semua orang sebagai penerima mesej atau
maklumat tersebut

Perkembangan industri yang berlatarbelakangkan kemajuan secara globalisasi di pelbagai
bidang semakin berkembang kesemua penjuru dunia. Reka bentuk bahasa komunikasi
visual logo semakin banyak dihasilkan sebagai hasil reka bentuk yang mewakili industri
dalam memperkenalkan visi, misi, dan hal-hal mengenai industri tersebut (Henderson, et.
al., 2003). Sebuah reka bentuk visual boleh membantu sebuah industri dalam
memperkenalkan dan mempromosikan industrinya kepada khalayak ramai. Temporal
(2000) menyatakan bahawa sebuah karya reka bentuk visual yang dipilih oleh sesebuah
industri dapat membantu industri tersebut dalam mendapatkan strategi penjenamaan
industri.

2.0  Perisian-perisian pengeditan grafik

Prinsip Asas Grafik

Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

Definisi grafik

Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos” bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas

Prinsip Penghasilan Grafik
 
• Perancangan
• Penyediaan ilustrasi
• Warna
• Huruf
• Persembahan
                   Chontoh ;

2.1  Photo scape

photo scape

 

 

 

2.2 Adobe photoShop

Fungsi-fungsi ‘tool’ dalam Adobe Photoshop

Menu File

New: Memulakan lembaran kerja baru.
Open: Membuka dokumen PSD ataupun file Image.
Save: Menyimpan dokumen dengan format sebelumnya.
Save As: Menyimpan dokumen dengan format baru.
Save For Web & Devices: Menyimpan serta mengecilkan ukuran image sehingga menjadi terkompres.

Menu Edit

Transform: Mengelola/merubah bentuk layer (rotate, flip, Scale, Distort, Skew, Perspective, Warp).

Menu Image

Adjustments: Mengelola/mengedit dan menyesuaikan level, color, brightness, contrast.
Image Size: Mengelola besar image/foto dalam satuan, misal pixel.
Canvas Size: Mengelola ukuran kanvas/lembar kerja.

Menu Filter

kesan: Blur, Noise, Pixelate, Render, Sharpen.
Filter Gallery: Artistic, Brush Strokes, Distort, Sketch, Stylize, Texture.
Addons & Plugins

Menggunakan Panel Dock

Terletak disebelah kanan dari Workspace, melalui panel inilah anda mengelola dan mengedit foto. Secara default, tiga panel akan muncul yakni Layers, Adjustments dan Styles.

Bekerja dengan Layer

Layers, merupakan konsep dasar yang harus difahami ketika menggunakan Photoshop. Setiap kali anda menambahkan sesuatu ke dalam lembaran kerja (text, icon, shape, dll), Photoshop akan menjadikannya sebagai lapisan. Setiap lapisan merupakan bagian kecil sebelum menjadi satu gambar. Contohnya dapat disemak seperti  dibawah ini (perhatikan gambar).

Terdapat 5 layer pada gambar diatas yakni layer background, layer shape 1 (kotak warna hitam), layer shape 2 (bintang warna merah), layer text “Cara Menggunakan Photoshop” dan layer text http://tipsohtrik.blogspot.com”

Menggunakan Alat-Alat (Tools)

Selection Tool

Move Tool: digunakan untuk memindahkan/menggeser posisi layer dalam satu lembar kerja maupun ke lembar kerja lain.

Rectangular Marquee Tool:  digunakan untuk seleksi objek yang berbentuk kotak. Klik kanan pada icon ini untuk melihat sub tool-nya

Eliptical Marquee Tool:digunakan untuk seleksi objek yang berbentuk lingkaran seperti lingkaran mata, ban mobil, dll.

Lasso Tool:  digunakan dengan cara klik dan tarik untuk membuat area yang akan diseleksi. Hasil seleksi terbentuk sesuai dengan gerakan mouse yang dibuat.

Polygonal Lasso Tool: kegunaanya hampir sama dengan Lasso Tool namun hasil seleksi terbentuk dari titik-titik klik point yang dibuat.

Magnetic Lasso Tool: digunakan untuk menyeleksi objek dengan bentuk bebas, cara kerja alat ini adalah menampal pada tepi objek yang akan dipotong ketika mouse bergerak mengelilingi tepian objek, selama proses seleksi alat ini membentuk titik-titik penghubung seleksi.

Magic Wand Tool: digunakan untuk menseleksi area yang berwarna sama. Misal, jika kita klik pada area yang berwarna merah maka area yang tersambung dengan warna yang sama akan terseleksi.

Crop & Slice Tool

Crop Tool:  digunakan untuk memotong. Pemotongan akan mengubah bentuk dimensi lebar dan tinggi lembar kerja ataupun foto/gambar.

Slice Tool:digunakan untuk memotong bahagian foto/gambar menjadi bahagian-bahagian frame yang lebih kecil.

Slice Select Tool: digunakan untuk memilih potongan pada sebuah design yang telah dipotong sebelumnya dengan menggunakan slice tool.

Annotation, Measuring & Navigation Tool

Eyedropper Tool:digunakanuntuk mengambil sample warna dari foto/gambar nanti foreground color pada toolbox akan berubah sesuai dengan sample warna yang diambil.

Ruler Tool: digunakan untuk mengukur dimensi lebar (x) tinggi. tool ini biasanya digunakan untuk mengukur lebar (x) tinggi pada design web seperti tabel, header, content, sidebar, footer dll.

Note tool:  digunakan untuk memberi catatan/pesan.

Hand Tool:  digunakan untuk menggeser dengan cara drag & drop bidang foto/gambar jika keadaan gambar sedang di perbesar.

Zoom Tool: digunakan untuk memperbesar/memperkecil jarak pandang foto/gambar.

Retouching Tool

Spot Healing Brush: digunakan untuk menghapus noda, bintik-bintik pada foto/gambar. Alat ini sering digunakan untuk menghilangkan jerawat serta menghaluskan wajah.

Patch Tool: digunakan untuk memperbaiki foto yang memanfaatkan pola yang terdapat pada foto dengan cara menyeleksi kawasan yang rosak dan menarik seleksi tersebut diatas pola target untuk menutupi kawasan yang rosak.

Red Eye Tool: digunakan untuk menghilangkan warna merah pada mata yang disebabkan oleh pantulan lampu flash kamera dimana foto dalam keadaan gelap/malam..

Clone Stamp Tool:digunakan untuk mengambil sample tekstur dengan menekan alt+klik dari sebuah kawasan foto/gambar yang kemudian disalin (copy)  untuk dilukiskan pada bagian foto lain. Tool ini sering digunakan untuk menghilangkan objek yang dianggap tidak penting pada foto.

Pattern Stamp Tool: digunakan untuk melukis foto dengan menggunakan texture dari pattern yang ada di Photoshop.

Eraser Tool: digunakan untuk menghapus bahagian foto/gambar dalam satu layer.

Background Eraser Tool: kegunaannya sama seperti Eraser Tool namun kawasan yang terhapus menjadi transparensi.

Magic Eraser Tool: digunakan untuk menghapus kawasan yang memiliki karakter warna serupa pada foto/gambar.

Blur Tool: digunakan untuk mensamarkan kawasantertentu pada foto/gambar. Teknik blur ini juga boleh digunakan untuk menghaluskan gambar.

Sharpen Tool: digunakan untuk menajamkan kawasan tertentu pada foto/gambar.

Smudge Tool: digunakan untuk menggosok/mencoreng kawasan tertentu foto

Dodge Tool: digunakan untuk memberi kesan highlights pada kawasan foto sehingga kawasan tersebut nampak lebih cerah.

Burn Tool: digunakan untuk menggelapkan warna foto dengan memberikan kesan shadow.

Sponge Tool: digunakan untuk mengubah tingkat saturation pada kawasan tertentu.

Painting Tool

Brush Tool: Shortcut (B), digunakan untuk melukis dengan goresan kuas.

History Brush Tool: Shortcut (Y), gunakan ini untuk melukis dengan menggunakan snapshot.

Art History Brush Tool: kegunaannya sama dengan History Brush Tool.

Pencil Tool: digunakan ini untuk melukis dengan kesan goresan pensil.

Gradient Tool:  digunakan ini untuk mengecat daerah dengan perpaduan dua warna gradient atau lebih.

Paint Bucket Tool:digunakan ini untuk mewarnakan layer.

Drawing Tool

Path Selection Tool: digunakan ini untuk memilih bahagian yang dibuat dengan menggunakan Pen Tool.

Horizontal Type Tool:digunakan untuk membuat teks horizontal. Klik kanan untuk memilih sub tool, Vertical Type Tool untuk membuat teks vertical dan Type Mask Tool untuk membuat teks dalam bentuk seleksi.

Pen Tool: . Tool ini juga boleh digunakan untuk memilih  objek. Klik kanan untuk memilih sub tool.

Menggunakan Shortcut

  • Ctrl+C (copy)
  • Ctrl+V (paste)
  • Ctrl+D (menghilangkan garis seleksi)
  • Ctrl+Z (Undo)
  • Ctrl+Shift+N (New Layer)
  • Ctrl+Shift+C (Copy Merged)
  • Ctrl+Alt+Shift+K (menampilkan daftar shortcut)